Program Motivasi Bersama Dr Danial...
sedutan dr http://warna-nostalgia.blogspot.com/ tulisan akh
Kepada anak remaja aku mengharapkan agar mereka menjadi seseorang yang boleh membuatkan ibubapa merasa bangga dengan mereka dan non muslim merasa kagum dengan akhlak islam.
Dalam sesi motivasi Dr Danial telah menekan tentang Formula IT iaitu I untuk Ilmu dan T untuk Takwa.
Orang yang tidak mempunya ilmu begitu susah untuk menjadi seorang yang baik. Sebelum Nabi Adam diturunkan kebumi, projek ilmu telah ditekankan kepadanya. Bermacam-macam pengajaran telah diajar untuk Nabi Adam mengenal sesuatu.
Seterusnya Dr Danial menekankan Kenapa ilmu itu penting
1 ) Pentingnya kita mengenal ilmu ialah dengan ilmu kita kenal akan tuhan
1.1 Bukti ialah Ayah Pin yang menganggap dirinya tuhan
1.2 Pluralisma yang melanda dunia dengan mengatakan bahawa semua agama adalah sama.
2 ) Dengan ilmu kita kenal yang hak dan yang batil
2.1 Contoh Abdul kahar yang mendakwa dirinya adalah rasul melayu dan akhirnya rasul
melayu telah dipenjarakan dan dikenakan 6 sebatan
3 ) Dengan ilmu kita kenal halal dan haram
3.1 Contoh ialah babi itu haram
4 ) Dengan ilmu kita kenal sah dan batal
5 ) Dengan ilmu kita faham keutamaan
6 ) Dengan ilmu ia menampakkan islam itu paling maju dan saintifik.
Dalam Formula T iaitu Takwa.
Mengikut definisi sahabat Rasulullah yang bernama Abdullah Ibnu Mas,ud Takwa ialah
Taat jangan Maksiat!
Ingat jangan lupa!
Syukur jangan kufur!
Hanya inilah yang sempat aku tulis dan duduk bersama adik-adik remaja. Terasa jadi remaja pula. Akhirnya aku menyedari rupa-rupanya aku ialah remaja bangka.......
0 ulasan:
Catat Ulasan