Hijrah X-PLORACE 07 KRJ SPS
Hijrah Xplore Race bagi pelajar lelaki diadakan pada 20 Januari 07, pukul 2-5 petang melibatkan 12 kumpulan pelajar tingkatan 1-5 seramai 150 orang. Sebelum dilepaskan untuk perlumbaan, setiap kumpulan diberi barang amanah iaitu sebiji telur dan ubat nyamuk. Peserta-peserta Hijrah Xplore Race melalui 7 check point (4 check point permainan & 3 check point menjawab soalan-soalan berkaitan sirah & fardhu ain). Check point permainan adalah seperti berikut:
1) Gelung kertas
2) Piramid manusia
3) Gelang getah manusia
4) Tutup mata & masukkan marker ke dalam botol
Hijrah Xplore Race bagi pelajar perempuan pula diadakan pada 21 Januari 07, 9pagi-12.30thgr melibatkan 14 kumpulan yang ke semuanya berjumlah 120 orang. 3 remaja India turut sama melibatkan diri. Mereka juga diberi barang amanah dan melalui 8 check point. 3 checkpoint adalah permainan:
1) Permainan lidi
2) Gelang getah manusia
3) Tutup mata & masukkan marker ke dalam botol
Pada sebelah malam 20 Jan, Forum Perdana Maal Hijrah diadakan pada pukul 9-11 mlm. Ahli-ahli panel adalah Ustaz Aziz (wakil PPD SPS), Dr Rizal (JIM SPS) dan Cikgu Ismail (Kaunselor).
Walaupun kepenatan setelah melalui Xplore Race, pelajar-pelajar tetap memberikan perhatian terhadap topik yang dibincangkan.
Sambutan Maal Hijrah ini diteruskan lagi dengan pertandingan mencipta logo & pantun hijrah. Acara kemuncak adalah kuiz perdana Maal Hijrah & majlis penutup yang akan diadakan pada 26 januari 07, Insya Allah.
Sekian dulu...Hingga ketemu lagi..Terima kasih
Ust Nik Aufa & Dr. Aida melaporkan dari SPS
Thursday, January 18, 2007
KENALI PIMPINAN KRJ PENANG
Assalamualaikum wbh kepada semua pencinta Islam terutama adik-adik yang terus setia melayari blog KRJ Penang yang tak seberapa ini. Kali ini kita mulakan dengan sessi 'taaruf' oleh para pimpinan KRJ Penang dimulai oleh pengendali blog sendiri. Kalau perlu maklumat lanjut boleh hubungi no telefon yang diberi, terima kasih.
Nama: Mejar Zaidi bin Ahmad
Tarikh lahir: 01 Nov 1968
Tempat: Kota Kuala Muda, Kedah.
Kelulusan: SPM
Pekerjaan: Juruterbang di TUDM Butterworth
Alamat Rumah: Taman Bertam Indah, Kepala Batas, Sbg Perai Utara.
Maklumat keluarga: Isteri Shafinah bt Abd Hamid (Padang Menora, SPU)
Anak 1 Muhammad Hafizuddin 13 Thn SM Al Islah, S petani
Anak 2 Nur Nazifah 10 Thn S Ren Al-Islah, SP
Anak 3 Nur Syifaa 1 1/2 Thn
Penglibatan dalam KRJ : Sejak 2006
Hobi: Tangkap ikan (pakai pukat atau jala, pancing boring), aktiviti lasak, melancong
Negara2 pernah dilawati: Thailand, Singapore, Bosnia, Italy, UK
Motto dalam hidup: Hendak seribu daya..........
Cita-cita jangkapendek: Tawan Gunung Tahan 2008
Cita-cita jangkapanjang: Jadi PM kot............
Makanan kegemaran: Ulam-ulaman dan sambal belacan
Minuman kegemaran: Karot susu (jaga mata)
Sekian dulu, banyak sangat nanti orang boring plak. Wassalam.
Sunday, January 14, 2007
MENDAKI GUNUNG JERAI - PROJEK KRJ UNTUK CUTI PENGGAL PERTAMA 2007
Sebagai pembuka tirai tahun 2007 yang telah diisyhtiharkan sebagai Tahun Melawat Malaysia maka KRJ Penang telah mengambil initiatif untuk membawa adik-adik untuk melawat dan merasai keseronokan memanjat puncak tertinggi di negeri Kedah iaitu Gunung Jerai. Gunung yang dapat dilihat dengan jelas dari Pulau Pinang ini mempunyai ketinggian sekitar 4300 kaki dan suhu waktu siang dipuncaknya adalah sekitar 25 darjah celcius. Pendakian akan dibuat pada 13 Mac pagi Selasa dan turun pada 14 Mac tengahari Rabu. Kepada adik-adik yang berminat sila hubungi Mejar di 019-4756474 (SP & SPU), Dr Shimah 019- 4761535 (SPT), Kak latifah 013-4383131 (Pulau). Sementara itu lihatlah beberapa gambar menarik di Gunung Jerai.
0 ulasan:
Catat Ulasan