Bacalah dengan nama Tuhanmu yg Menciptakan..

'Sesungguhnya aku menghadapkan diriku kepada Rabb yang menciptakan langit dan bumi, dengan cenderung kepada agama yang benar, dan aku bukanlah termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan'. (Ayat 79 : al-An'aam)

Hiburan Islam

SENARAI AJK KRJ P.P

SENARAI AJK KRJ P.P 2009-2010

Pengarah

Shahidan Saaid

019- 4757447

cdan7447@gmail. com

Timb.Pengarah

Ust Nik Aufa

019-9231622

naufa03@yahoo. com

Coordinator Pulau

Latifah Bee

013-4383131

insyirah_11@ yahoo.com

Coordinator Sbrg

Shahidan Saaid

019-4757447

cdan7447@gmail. com

Setiausaha Kerja

KhairilAzhar Karim

013-4891004

azharin84@yahoo. com

Setiausaha

Sharifah Shafiah

012-5595819

shshafiah@hotmail. com

Bendahari

Md Zabri Md Zain

019-5459356

mdzabri@gmail. com

AJK Pelapis

Amir (KITAB) and Team

017-4477145

amir5327@yahoo. com

Pengurus Daerah SPS

Ust Nik Aufa/Dr Aida

019-9231622/013-9335701

amaziha@yahoo. com

Pengurus Daerah SPT

Amir Ruddin

013-4896135

dinbongsu@yahoo. com

Pengurus Daerah SPU

Hafiz Zani / Saipul

019-2812362

mohdhafizzani@ yahoo.com

Pengurus Daerah TL

Md Zabri Md Zain

019-5459356

mdzabri@gmail. com

Pengurus Daerah BD

Shazwani Amanullah

019-4169231

shazwani.amanullah@ gmail.com

Sabtu, 17 Mei 2008

Sekitar Bengkel Smart Solat (L) KRJ SPS

Assalamualaikum wbt.
Dimaklumkan Program Smart Solah [2] yang dijalankan berpandukan modul 'Smart Solah KRJ SPS' telah berjaya diadakan pada malam hari Jumaat 1 Mei 2008. Program ini melibatkan lebih 100 remaja lelaki.

Program yang diikuti oleh lelaki aspura SMK Seri Nibong bermula sebaik sahaja solat Maghrib dan berakhir hampir jam 11.00 malam. Antara pengisian aktiviti ialah Tayangan Slideshow & Video mengenai kematian, Ceramah 'Smart Solah' oleh Ust Nik M. Aufa dan praktikal oleh kesemua peserta mengikut kump usrah.

Sedikit FOTO malam program..







Smart Solah [3] akan menyusul selepas cuti nanti. Diharap semua peserta boleh memberi kerjasama yang baik.

Akhir kata, terima kasih pada semua yg telah bersama menjayakan prog ini. Moga Allah merekod amal ini sbg amal pahala yg akan diganjariNya di 'sana'!

Satu jer harapan ust.. biarlah ilmu solat yg dipelajari diamalkan dalam hidup.


"Menghidupkan Solat & Mensolatkan Hidup"


TERDAHULU...

Smart Solah [1] 2008 berlangsung dengan jayanya!


Assalamualaikum wbt.
Dimaklumkan Program Smart Solah untuk pelajar ASPURI SMK Seri Nibong berpandukan modul 'Smart Solah KRJ SPS' telah berjaya diadakan pada malam hari Jumaat yang lalu.

'Kekok' jg rasanya nak takbir..**

Program yang diikuti oleh seramai 130 orang pelajar perempuan aspuri SMK Seri Nibong bermula sebaik sahaja solat Maghrib dan berakhir hampir jam 11.30 malam. Antara pengisian aktiviti ialah Tayangan Slideshow & Video mengenai kematian, isu2 berkaitan solat dan wanita, Ceramah 'Smart Solah' oleh Ust Nik M. Aufa dan praktikal oleh kesemua peserta mengikut kump usrah.

Ingat.. Tapak tangan mesti menghadap kiblat. Tangan pula kena sejajar dgn bahu.
Tangan letak betui2.. mata mesti tgk tempat sujud!
Haa.. kan nampak sopan tuh..
Ruku' mesti jadi macam 'sesiku L'..baru betul.

Smart Solah [2] akan menyusul minggu hadapan. kali ini akan melibatkan pula semua pelajar aspura SMKSN. Diharap semua peserta boleh memberi kerjasama yang baik.

Akhir kata, terima kasih pada semua yg telah bersama menjayakan prog ini. Moga Allah membalasinya dgn sebaik2 balasan!

Kepada peserta yang sudah melalui prog ini.. secebis pesanan, 'Solatlah cara Nabi, moga sentiasa solat dalam hidup dan hidup dalam solat !'.

Wassalam.

** Peserta perempuan diminta bert-shirt lengan panjang dan bseluar supaya memudahkn pergerakan dan pemantauan oleh naqibah dan ust.


Ahad, 10 Februari 2008

Memori Indah..

HIJRAH X-PLORACE 1429H

Assalamualaikum wbt,

Sedikit catatan berkaitan program Hijrah X-Plorace 1429H anjuran KRJ SPS dan Lajnah Seruan Rabbani [LASER]

Pada 23 Januari 2008 yg lalu, telah berlangsung satu program yang disusun sempena menyambut Maal Hijrah 1429H. Program ini menggabungkan pendidikan ruhiah dan jasmaniah serentak pada satu masa.

Penyertaan keseluruhan seramai 235 peserta yang dipecahkan kepada 25 kumpulan. Program ini dijalankan dalam 2 sesi.
Jam 7.45 - 12.30 tgh (peserta perempuan)
2.00ptg - 5.30ptg (peserta lelaki)

Antara check-point menarik untuk akt. ini ialah :

  1. 'Touching U Knowing U' - mengajar erti ukhuwwah
  2. 'The Guidance' - hadith mencegah kemungkaran dipotong2 dan disorokkan. Peserta perlu menyalin dari pelbagai lokasi dan mencantumkannya menjadi hadis yg sempurna. Peserta juga perlu menterjemah hadis tersebut serta memberi cadangan aplikasi hadis dalam kehidupan.
  3. 'Spider Web' - Strategi menghadapi cabaran.
  4. 'Dugong' - ukhuwwah mampu mengatasi kesukaran.
  5. 'Audition' - Peserta sec. berkumpulan diminta menyanyikan lagu 'ruhul jadid' dan menjawab soalan kuiz berkaitan 'hiratun Nabi'
  6. 'People in Paper' - Strategi dan team building
  7. 'Japan Bridge' - menguji keakraban dan pengorbanan
  8. 'Kasih Rasul' - peserta mangalunkan nasyid2 berkaitan Nabi/ sahabat & lagu anak Nabi kita.
  9. 'Komander Pencen' - melatih remaja menyampaikan maklumat sahih seterusnya mengimbau kesukaran Islam sampai di tangan mereka
  10. 'Diving in Red Sea' - melatih remaja patuhi arahan, sedia berkorban demi sahabat dan menggalas tanggungjawab menjamin kemenangan.
* Check-point 1/2/3/4/6/7 telah pun dipraktiskan di 'Karnival Remaja' di bawah seliaan Mejar dulu. Cuma kami alter sikit jer. Alhamdulillah program berjalan dengan lancar dan jaya.

Terima kasih kepada semua yang terlibat sec. langsung dan tak langsung terutama kepada Isteri, Ustazah2 Seri Nibong, Warden dan naqib serta naqibah yg bertindak sebagai fasilitator.
Moga Allah membalasi jasa kalian. Amin
DISERTAKAN DI SINI 'MEMORI INDAH' SEKITAR HARI HIJRAH X-PLORACE 1429H..

HIJRAH X-PLORACE 1429H [L]


SLIDESHOW HIJRAH X-PLORACE 1429H (P)



[BAGI SESIAPA YG NAK SAVE/MUAT TURUN GAMBAR: 'Sila klik pada gambar yg ingin disimpan, kemudian.. 'right click' & pilih 'save image as'... ha..semudah itu,jadi jadikanlah gambar memori Hijrah X-plorace 1429H sbg koleksi peribadi anda!]
BEBERAPA GAMBAR SEKITAR HIJRAH XPLORACE 1429H

C.P. MENCARI HADITH NABI SAW YG TSEMBUNYI..
KAKAK2 FASI YG SETIA MENANTI..
DOK TANG MANA NIH!!! ISH..ISH..


AKTIVITI DI C.P. 'TOUCHING U KNOWING U' - MENG'ERATKAN UKHUWWAH

ADIK2 YG KESEJUKAN..TP BERSEMANGAT!
PERSIAPAN FASI BAGI MENJAYAKAN XPLORACE 1429H
Naqib & naqibah diuji di medan lapangan
Merencana aktiviti..perlukan pengorbanan
Banyak idea dari remaja diambilkira bg 'meremajakan' prog Hijrah

Selasa, 5 Februari 2008

Aktiviti Terkini


Bengkel Penulisan Kreatif KRJ SPS

Alhamdulillah, pada2 Februari 2008, bertempat di Surau Raudhah Muslimin SMKSN jam 9.00pg-12.00tgh telah diadakan bengkel Penulisan Kreatif KRJ SPS dengan jayanya. Bengkel ini dimulakan dengan menyorot sejarah bangsa Muslim sebagai bangsa menulis. Ianya kemudian diteruskan dengan aktiviti kumpulan. Bermula dari pembentukan team penerbitan, mereka cipta konsep majalah yg bakal dikeluarkan dan akhirnya disusuli dengan penghasilan 'majalah olok2' (sbg latihan lay-out).

Prog ini berjalan dengan lancar hingga ke akhirnya. Terima kasih buat semua yg terlibat. Moga Allah mengganjari kalian dan mempermudahkan usaha kalian utk menghasilkan bahan penerbitan berupa majalah, buletin atau yg seumpama dengannya.. jazakallah khairan kathira. Terima kasih juga buat KRJ Kelantan, penyedia modul bengkel penerbitan ini, khasnya buat Tn Hj. Saidy (mantan YDP JIM Kelantan)

Bangsa Muslim..bangsa menulis!

Aktiviti kumpulan - Reka cipta majalah
Tekun mencari bahan..
Nun jauh dibelakang mereka, ada lagi 1 kump yg sedang berhempas pulas menghasilkan majalah mereka.
Susun atur bahagian mukadepan majalah..'REMAJA.com'
Hah..sampai tertiarap adik2 kita nih!
Abang Syahid membimbing adik2
Ha..nantikan majalah 'B.S.B' kami di pasaran!
Macam ni..macam ni...
Gaya penulis muda..
Kerjasama kump yg cukup hebat!
Abang Faizal jg tak ketinggalan!
Sidang majalah sedang rancak menghasilkan produk mereka..

Setakat ini sahaja buat kali ini. Apa yg membanggakan, kehadiran peserta yang ramai walaupun dari awal lagi telah ditegaskan prog ini hanya terbuka kepada yg berminat. Tiada paksaan menghadirinya.. Alhamdulillah.

Doa dan harapan buat peserta, moga hasrat kalian menghasilkan penerbitan utk edaran di mana jua menjadi nyata. Jadikanlah penulisan sebagai medium dakwah. Usaha dan penat kalian berbayar dengan pahala dan Syurga insyaAllah..

Wassalam

Sabtu, 12 Januari 2008

KENIKMATAN SOLAT SUBUH BERJEMAAH

Sumber: http://www.mediamuslim.com/html/modules.php?name=News&file=article&sid=533

Sesungguhnya pahala menunaikan solat Subuh dan Isyak dengan berjemaah sama dengan melakukan solat semalam suntuk yang dapat menghapuskan dosa sebagaimana air memadamkan api. Sebagaimana hadis riwayat Muslim dan Usman bin Affan bahawasanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa melakukan solat Isyak dengan berjemaah, maka seolah melakukan solat separuh malam. Dan barangsiapa yang melakukan solat Subuh dengan berjemaah maka seolah melakukan solat semalam suntuk."

1) Orang yang melakukan solat subuh berjemaah akan mendapat cahaya yang sempurna di hari kiamat. Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

"Berilah khabar gembira pada orang-orang yang berjalan ke masjid-masjid di waktu gelap bahawa ia akan mendapat cahaya yang sempurna di hari akhirat." (HR Abu Daud dan Tarmizi)

2) Sesungguhnya melakukan solat jemaah Subuh dan Asar tepat pada waktunya termasuk sebab yang memasukkan seseorang ke syurga dan selamat dari seksa neraka. Rasulullah bersabda: "Tidak masuk neraka seseorang yang melakukan solat sebelum matahari terbit dan sebelum terbenam (solat subuh dan Asar.") (HR:Muslim)

3) Malaikat berkumpul di waktu solat Asar dan Subuh. Merekalah yang membawa rahmat dan berkat.

4) Sesungguhnya satu langkah orang yang berjalan ke masjid adalah menghapuskan kesalahan dan yang lain mengangkat darjat. Maka langkah yang banyak ke masjid termasuk hal yang membawa kesalahan dihapus dan darjat diangkat, sebagaimana hadis Abu Hurairah yang diriwayatkan Iman Muslim.

Betapa besarnya ganjaran Allah yang menanti bagi mereka yang solat Subuh berjemaah khususnya di masjid.Apakah alasan yang hendak diberikan oleh mereka yang tidak hadir ke masjid di waktu Subuh? Mereka diberi kemudahan motor dan kereta oleh Allah. Mereka diberi tilam yang empok oleh Allah. Masjid melaungkan azan pertama sejak jam 5.00 pagi lagi (azan pertama) untuk mereka bersedia ke rumah Allah. Mereka belum ada urusan lain, yang kerap dijadikan alasan kerana tak mahu ke rumah Allah. Jika kita dihadapkan di depan Allah kelak,dengan alasan bagaimanakah akan kita jawab? Bagi mereka yang tidak datang bersolat berjemaah Subuh di masjid, marilah kita berubah.

KERUGIAN ORANG YANG TIDAK SOLAT SUBUH.

Berikut adalah kerugian yang akan dialami oleh orang yang tidak melakukan solat Subuh dan solat lain secara berjemaah:

1) Memiliki sifat-sifat orang munafik yang tidak menjalankan solat (kecuali dalam keadaan malas) Rasulullah bersabda bermaksud: "Solat yang paling berat bagi orang-orang munafik adalah solat Isyak dan Subuh. Seandainya mereka tahu apa makna di dalamnya, maka mereka akan mendatanginya sekalipun dengan merangkak." (Muttafa Alaih)

2) Kesengajaan tidur hingga tidak solat subuh dan meninggalkan solat berjemaah merupakan perbuatan kufur dan diancam dengan ancaman yang sangat berat. Allah berfirman bermaksud: "Maka celakalah orang-orang yang melakukan solat, iaitu orang-orang yang lalai dari solatnya." (Al Ma'un 4-5)

3) Seorang lelaki berada di sisi Nabi SAW dan dia tidur hingga pagi, lalu Nabi SAW bersabda bermaksud: "Itulah lelaki yang kedua telinganya dikencing syaitan.“ (Muttafa Alaih)

Allah SWT sendiri mengatakan bahawa mereka yang susah untuk solat Isyak dan Subuh adalah orang munafik. Jadi tak susahlah kita hendak kenali orang munafik. Dan kita sendiri dapat mengukur adakah kita ini orang munafik atau tidak.

Datangilah masjid-masjid dan surau-surau untuk bersolat Subuh.

Sabtu, 5 Januari 2008

Kebenaran Islam..

Sunnah tidur tengahari

humanspesiens menulis

"Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya. Di dalam kitab 'Misykatul Masabih' disebutkan tentang salah
satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi:

"Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah ada melakukannya." Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata: "Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum tergelincir matahari untuk solat zohor."

Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari. Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai suatu yang keji. Tidurnya hanya sekejap. Tujuannya adalah untuk kesegaran tubuh badan agar dapat dimanfaatkan untuk melaksanakan amal dan ibadah yang berkualiti. Dewasa ini, berpandukan kajian-kajian saintifik, tidur sekejap di waktu siang (day napping), terutamanya pada
waktu tengahari, didapati amat berkesan untuk mempertingkatkan tenaga, tumpuan dan akhirnya
produktiviti pekerja-pekerja.

Baru-baru ini satu kajian 25 tahun tentang kesan tidur ke atas negara-negara industri dan pasca-industri telah mendapati bahawa "92.5% pekerja-pekerja yang berkesempatan tidur di waktu tengahari, mempunyai daya kreativiti yang lebih tinggi. Daya kemampuan mereka untuk
menyelesaikan masalah juga meningkat. Semua ini pastinya meningkatkan produktiviti." (Napping News: 'Scientific Proof Confirms: Napping Enhances Worker Productivity,' from eFuse).

Waktu tengahari merupakan masa yang paling sesuai untuk tidur seketika kerana sistem badan kita memang bersedia untuk memanfaatkan fasa tidur pada waktu itu. Fasa ini disebutkan sebagai 'a midafternoon quiescent phase' atau ' a secondary sleep gate.' Di antara tokoh-tokoh yang
menggalakkan tidur tengahari ini ialah dari. William A. Anthony, Ph.di. dan Camille W. Anthony, pengarang buku 'The Art of Napping at Work.' Demikian juga yang disebutkan oleh David F. Dinges dan Roger J. Broughton di dalam buku mereka 'Sleep and Alertness: Chronobiological,
Behavioural and Medical Aspects of Napping.' dari. James Maas, pakar tidur dari Cornell University juga telah merumuskan bahawa tidur di tengahari sekadar 15-20 minit sudah mencukupi untuk mengembalikan tenaga dan menjaga kesihatan. Seorang pengkaji yang lain, Donald Greeley, telah mengatakan bahawa tidur tengahari adalah
bermanfaat selama mana ianya tidak melebihi satu
jam. (Gail Benchener: 'Parents and Sleep Deprivation,' Family.com)

Sunnah tidur tengahari yang diajarkan Nabi rupa-rupanya merupakan suatu yang amat saintifik lagi relevan pada hari ini.

Sumber: http://ukhwah.com/article.php?sid=2504

 
Kelab Remaja JIM Penang © 2007 Template feito por Templates para Você Tested by Blogger Templates