Video SURE istimewa dari KRJ Penang..
SUKAN REMAJA PERINGKAT ZON UTARA..
* Video ni diedit sempena 'reunion' Pasukan Netball, so byk gmbq dpa la..
SUKAN REMAJA PERINGKAT NEGERI P.PINANG..
Bacalah dengan nama Tuhanmu yg Menciptakan..
Hiburan Islam
SENARAI AJK KRJ P.P
SENARAI AJK KRJ P.P 2009-2010 | ||||||||||||||||||||||||||
|
Ahad, 27 Disember 2009
Ahad, 13 Disember 2009
Terkini... HOT!
Karnival Sukan Remaja KRJ Zon Utara '09 melabuhkan tirai. Pulau Pinang Johan Keseluruhan!
Pada 12 Disember 2009, SURE KRJ Zon Utara telah berlangsung dengan jayanya di MRSM Kubang Pasu, Jitra, Kedah.
Acara-acara yang dipertandingkan adalah Karom L&P, Catur L&P, Bola Jaring dan Bola Sepak melibatkan 4 buah negeri iaitu Kedah, Perlis, Pulau Pinang & Perak.
Kejohanan berlangsung meriah dengan semangat kesukanan dan ukhuwwah yang tinggi di kalangan peserta.
Pulau Pinang mendominasi semua acara sama ada sebagai Johan atau Naib Johan perlawanan.
Keputusan penuh kejohanan adalah seperti berikut:
Acara | Karom L | Karom P | Catur L | Catur P | Bola Sepak | Bola Jaring |
Johan | Perlis | PENANG | Kedah | Kedah | Perak | PENANG |
N. Johan | PENANG | Kedah | PENANG | PENANG | PENANG | Perak |
Ke-3 | Kedah | Perak | Perak | Perak | Kedah | Kedah |
Kedudukan keseluruhan dikira dari pendaftaran hingga tamat permainan + markah akhlak pula adalah seperti berikut:
JOHAN : PULAU PINANG (98 markah)
Ke-2 : Kedah (49 markah)
Ke-3 : Perak (39 markah)
Ke-4 : Perlis (28 markah)
Gambar-gambar sekitar SURE Zon Utara '09 ;
Tahniah diucapkan urusetia kerana telah menganjurkan kejohanan ini dengan jayanya.. Tahniah juga diucapkan kepada Team Pulau Pinang di atas kejayaan merangkul gelaran Johan Keseluruhan. Jumpa lagi di tahun hadapan!
Klik di sini untuk paparan lebih 200 keping Foto SURE ZON UTARA'09 http://s266.photobucket.com/albums/ii268/naufa03/SURE%20KRJ%20zon%20utara09/?start=all
Ahad, 6 Disember 2009
Jumaat, 4 Disember 2009
Isnin, 9 November 2009
Program Motivasi Bersama Dr Danial...
sedutan dr http://warna-nostalgia.blogspot.com/ tulisan akh ARIFF BUDIMAN.
Kepada anak remaja aku mengharapkan agar mereka menjadi seseorang yang boleh membuatkan ibubapa merasa bangga dengan mereka dan non muslim merasa kagum dengan akhlak islam.
Dalam sesi motivasi Dr Danial telah menekan tentang Formula IT iaitu I untuk Ilmu dan T untuk Takwa.
Orang yang tidak mempunya ilmu begitu susah untuk menjadi seorang yang baik. Sebelum Nabi Adam diturunkan kebumi, projek ilmu telah ditekankan kepadanya. Bermacam-macam pengajaran telah diajar untuk Nabi Adam mengenal sesuatu.
Seterusnya Dr Danial menekankan Kenapa ilmu itu penting
1 ) Pentingnya kita mengenal ilmu ialah dengan ilmu kita kenal akan tuhan
1.1 Bukti ialah Ayah Pin yang menganggap dirinya tuhan
1.2 Pluralisma yang melanda dunia dengan mengatakan bahawa semua agama adalah sama.
2 ) Dengan ilmu kita kenal yang hak dan yang batil
2.1 Contoh Abdul kahar yang mendakwa dirinya adalah rasul melayu dan akhirnya rasul
melayu telah dipenjarakan dan dikenakan 6 sebatan
3 ) Dengan ilmu kita kenal halal dan haram
3.1 Contoh ialah babi itu haram
4 ) Dengan ilmu kita kenal sah dan batal
5 ) Dengan ilmu kita faham keutamaan
6 ) Dengan ilmu ia menampakkan islam itu paling maju dan saintifik.
Dalam Formula T iaitu Takwa.
Mengikut definisi sahabat Rasulullah yang bernama Abdullah Ibnu Mas,ud Takwa ialah
Taat jangan Maksiat!
Ingat jangan lupa!
Syukur jangan kufur!
Hanya inilah yang sempat aku tulis dan duduk bersama adik-adik remaja. Terasa jadi remaja pula. Akhirnya aku menyedari rupa-rupanya aku ialah remaja bangka.......