Bacalah dengan nama Tuhanmu yg Menciptakan..

'Sesungguhnya aku menghadapkan diriku kepada Rabb yang menciptakan langit dan bumi, dengan cenderung kepada agama yang benar, dan aku bukanlah termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan'. (Ayat 79 : al-An'aam)

Hiburan Islam

SENARAI AJK KRJ P.P

SENARAI AJK KRJ P.P 2009-2010

Pengarah

Shahidan Saaid

019- 4757447

cdan7447@gmail. com

Timb.Pengarah

Ust Nik Aufa

019-9231622

naufa03@yahoo. com

Coordinator Pulau

Latifah Bee

013-4383131

insyirah_11@ yahoo.com

Coordinator Sbrg

Shahidan Saaid

019-4757447

cdan7447@gmail. com

Setiausaha Kerja

KhairilAzhar Karim

013-4891004

azharin84@yahoo. com

Setiausaha

Sharifah Shafiah

012-5595819

shshafiah@hotmail. com

Bendahari

Md Zabri Md Zain

019-5459356

mdzabri@gmail. com

AJK Pelapis

Amir (KITAB) and Team

017-4477145

amir5327@yahoo. com

Pengurus Daerah SPS

Ust Nik Aufa/Dr Aida

019-9231622/013-9335701

amaziha@yahoo. com

Pengurus Daerah SPT

Amir Ruddin

013-4896135

dinbongsu@yahoo. com

Pengurus Daerah SPU

Hafiz Zani / Saipul

019-2812362

mohdhafizzani@ yahoo.com

Pengurus Daerah TL

Md Zabri Md Zain

019-5459356

mdzabri@gmail. com

Pengurus Daerah BD

Shazwani Amanullah

019-4169231

shazwani.amanullah@ gmail.com

Jumaat, 28 Disember 2007

Mencari Kebenaran..

Michael Majid Wolfe tertawan dengan
ibadat solat


Susunan ZUARIDA MOHYIN

“AGAMA kebenaran yang saya cari mestilah satu agama yang tidak mengabaikan aspek metafizik dan sains. Ia bukannya satu agama yang sempit dan susah untuk difahami.

Agama itu tidak memerlukan manusia perantara. Malahan, ia tidak menentang perkara tabii seperti seks.

“Dalam agama itu juga perlu ada ritual atau amalan harian agar kesedaran diri dapat dipertajamkan dan minda dapat didisiplinkan. Yang paling penting, saya perlukan kejelasan dan kebebasan dalam beragama kerana saya tidak mahu menggantikannya dengan dogma atau kepercayaan secara membuta tuli… Dan semakin saya mengkaji Islam, semakin saya menyedari bahawa inilah agama yang saya cari,” tegas pendirian pemenang Anugerah Wilbur 2003, Michael Majid Wolfe.

Kenyataan itu dipahat pada buku berjudul Taking Back Islam: American Muslims Reclaim Their Faith yang dikategorikan sebagai buku terbaik bertemakan keagamaan.

Hakikatnya, penonjolan beliau dalam dunia penulisan sama ada di media cetak mahupun media elektronik adalah kerjaya yang tidak dapat disangkal lagi. Antara buku-buku Majid Wolfe yang mendapat perhatian ialah The Hajj: An American’s Pilgrimage to Mecca (1993) dan One Thousand Roads to Mecca: Ten Centuries of Travelers Writing About the Muslim Pilgrimage (1997).

Majid Wolfe sedang menyiapkan novel berjudul, Just Look At You Now dan baru menamatkan jilid keempat puisi bertajuk, Digging Up Russia. Beliau sekali sekala menulis dalam sebuah laman web iaitu Beliefnet.

Pada April 1997, beliau pernah ke udara dari Mekah melaporkan perkembangan ibadah haji di televisyen ABC. Program ini memenangi Anugerah Media daripada Majlis Perhubungan Awam Muslim. Pada Februari 2003, beliau berkhidmat dengan CNN International dan menerbitkan dokumentari setengah jam mengenai ibadat haji.

Sementara pada 1999, Majid Wolfe membantu penubuhan sebuah institusi media pendidikan yang memfokus kepada usaha mempromosikan keamanan menerusi media Unity Productions Foundation (UPF). Pada 2002, UPF berjaya menerbitkan filem pertama berjudul, Muhammad: Legacy of a Prophet, sebuah dokumentari televisyen selama dua jam mengenai sirah hidup baginda Rasulullah s.a.w.

Filem di bawah tanggungjawab Majid Wolfe itu berjaya ditayangkan di siaran National Geographic International. Kerja keras beliau berbaloi apabila usaha getir beliau mendapat pengiktirafan apabila menerima Anugerah Khas Juri bagi Dokumentari Profesional Terbaik.

Pada tahun ini juga, Majid Wolfe berjaya menyiapkan pembikinan dua filem berjudul: Cities of Light: The Rise anda Fall of Islamic Spain yang ditayangkan pada Ogos lalu. Ia diikuti filem yang dipetik daripada sebuah kisah benar perjuangan pembebasan seorang putera dari Afrika yang diberi judul, Prince Among Slaves.

Majid Wolfe dilahirkan pada 3 April 1945 di Amerika Syarikat (AS). Ibunya ialah seorang Kristian dan bapanya seorang Yahudi. Natijah daripada perkahwinan campur itu, beliau berkesempatan mengenali agama Yahudi dan Kristian.

Pun begitu, kedua-dua agama itu tidak menarik perhatiannya. Agama Yahudi, baginya, amat menekankan tentang kaum yang terpilih (iaitu golongan Yahudi) dan pandangan ini tidak dapat beliau terima. Agama Kristian pula baginya diselimuti pelbagai misteri.

Beliau bukan sahaja seorang penyajak dan penulis malah Presiden serta Penerbit Eksekutif UPF. Selain itu, Majid Wolfe juga ialah pensyarah tetap terutamanya dalam menyampaikan ceramah berkaitan isu-isu Islam di beberapa buah universiti sekitar AS termasuk di Harvard, Georgetown, Stanford, SUNY Buffalo dan Princeton. Beliau merupakan pemegang ijazah pengajian klasik dari Universiti Wesleyan.

Pengetahuan beliau tentang agama Islam bermula selepas banyak melakukan pengembaraan dan menulis di utara dan barat Afrika. Itupun kerana menerima biasiswa daripada Amy Lowell Traveling Poets pada 1970. Sepanjang dua tahun itulah, Majid Wolfe melahirkan buku puisi How Love Gets Around and World your Own, buku fiksyen berjudul, Invisible Weapons dan buku kisah pengembaraannya, In Morocco.

Pada tahun 1980-an, beliau kembali beberapa kali ke utara Afrika dan selepas bergelar Muslim, beliau menunaikan ibadat haji pada 1990.

“Di Afrika, sesuatu yang tidak pernah berlaku di dalam hidup saya dapat dilihat. Ia sekali gus mencelikkan hati dan minda saya tentang kecantikan Islam, iaitu dalam Islam tidak timbul soal perbezaan warna kulit dan bangsa. Saya boleh berlaga bahu dengan pelbagai puak meskipun kami berbeza warna kulit dan bangsa seperti orang Arab, Berbers dan juga orang Eropah yang beragama Islam.

“Mereka tidak seperti yang diamalkan oleh masyarakat Barat yang terlampau fanatik dengan hal-hal berkaitan ras, warna kulit dan status sosial. Namun tanggapan umat Islam dalam hal ini jauh berbeza, kepercayaan dan tingkah laku mereka lebih dipandang. Di dalam Islam, Allah tidak melihat seseorang itu menerusi kekayaan, penampilan atau faktor luaran tetapi ketakwaan dan keimanan kepada Pencipta itulah yang lebih dipandang,” katanya faktor inilah adalah sesuatu yang unggul dan baru bagi dirinya.

Malah akui Majid Wolfe, kata-kata Malcolm X suatu waktu dulu kembali segar dalam ingatannya iaitu yang berbunyi, “Amerika mestilah memahami Islam, kerana inilah satu-satunya agama yang tidak membezakan sesuatu bangsa itu. Manusia itu semuanya sama di sisi Allah. Mereka yang beriman dan bertakwalah yang lebih di pandang oleh-Nya”.

Lantaran itu, Majid Wolfe kembali ke Maghribi pada 1981 dan 1985 kerana merasakan berada di sana banyak mengembalikan memori indahnya sepanjang mengenali masyarakat Islam di Afrika. Apatah lagi, mempercayai agama Islam itu tidaklah bermakna beliau terpaksa melepaskan kebudayaan lamanya, asalkan ia tidak bertentangan dengan syariat Islam.

Selain itu, pengalaman menyaksikan umat Islam menunaikan solat meninggalkan kesan kerohanian di dalam dirinya. Sejak itu, lokasi kegemarannya bila bercuti ialah Maghribi dan kalau tiada berkemampuan, buku-buku tentang negara tersebut akan dibaca.

Akui Majid Wolfe, semakin beliau mempelajari tentang Islam, semakin beliau akur dengan dirinya sebelum ini.

Thanks & warmest regards

SYED MUHAMMAD

Sumber: JIM-PP@yahoogroups.com

Selasa, 25 Disember 2007

Komputer

Virus Menyerang!

“I Dont hate Mozilla but use IE or Else” virus…

Salam buat semua..
Lama rasanya x join blog setelah seminggu beraya di kelantan, Negeriku Darul Islam yang tercinta..
Tambah plak komputer baru diserang virus...“I Dont hate Mozilla but use IE or Else” virus…
Susah jg dibuatnya!! Hamba Allah mana la yg tergamak buat keje camni.. Bagi yg dah 'terkena', kita bkn saja x leh buka Firefox, bahkan youtube pun x leh akses! Dikatakan virus ni mudah 'berjangkit' mel. USBs..

Utk cari penawar, terjumpa la 'akar kayu' dari laman web kengkawan yang mencadangkan langkah berikut :

The steps to kill the virus is…
  1. Go to Task Manager (Ctrl+Alt+Del)
  2. in that click on Process Tab
  3. Delete only the svchost.exe of your user name
  4. type c:\heap41a in you address barof your explorer and you can trace this folder
  5. Now give a smile… you have done it….
Hem..saje boh kat cni, takut2 sahabat2 lain juga terkena... haa.. inilah 'akar kayunya'! err..jgn rebus komputer udah ler..
Opss..lupa nak gitau, cbox blog ni ada cket masalah.. InsyaAllah akan cuba di atasi.Xpun ganti yg baru jer nnt. Tq juga pada ukhti Sakiiinah yg sudi beri informasi..

Oklah, akhir kata, mudah2an raya korban yg disambut seminggu lalu memberi semangat pengorbanan yg jitu buat kita semua..aminn..

wassalam...

Nik Aufa

Isnin, 17 Disember 2007

Barat Boikot Tesco, orang Malaysia sokong Tesco
KENAPA?
Posted on Thursday, March 01 @ 23:38:21 MYT by din-cryptos

Fikir Sejenak Oleh BPPNS

"Sebagai manusia tidak kira apa bangsa dan agama, anda sepatutnya memboikot Tesco. Di negara barat mereka mengadakan kempen memboikot Tesco atas 3 sebab iaitu :

1. Kerana melakukan intipan ke atas pelanggan
2. Penyokong kuat Israel
3. Antara syarikat yang banyak membawa pencemaran alam di UK Mereka yang membeli di Tesco , akan ada “saham” anda menzalimi penduduk Palestin.

Berikut buktinya :

http://www.boycottcity.org/view/index.php?itemId=81

Boycott Name: Tesco
Description: Supermarket
Category: services, medical
Comments:

1) Experimenting with RFID tags
2) Large supporter of Israel
3) Recently named and shamed as one of the UK's largest poluters.

http://www.boycotttesco.com/ TESCO Snaps Your Photo? As reported in the London Times and the Guardian, hidden cameras at Tesco have taken mug shots of people picking up products with Spychips. Now, the press reports that Tesco "expects to finalize a deal within weeks for the purchase of millions of [RFID] tags." It's time to take a stand. Don't let Tesco spy on YOU! "

Sumber : http://sensasi.freephpnuke.org/ (saluran sensasi anda)

Ahad, 16 Disember 2007

Anda Muslimah? Hati..hati..

Perancangan Kuffar Merosakkan Wanita Islam

Posted on Sunday, December 16 @ 09:53:01 MYT by SongkokPutih

Oleh
sebovespa

"Mu
suh islam menggunakan pelabagai cara utk merosakkan wanita muslimah dalam semua aspek kehidupan. Diantara cara yg mereka lakukan adalah:


1-
Berita2 media massa, sama ada media cetak mahupun eletronik. Secara zahirnya, dapat saja pemberitaan itu dianggap sebagai langkah maju dlm membela kaum kewanitaan melalui tajuk2 yg diperlukan wanita dan kononye utk membela hak2 wanita. Namun, pada hakikatnya adalah eksploitasi n penindasan terhadap kaum wanita melalui penampilan wanita2 yg tidak memiliki rasa malu dan berakhlak rendah.

2-menyeru kaum wanita utk menjalani kehidupan bebas.

3-mengkempenkan hidup serba boleh serta keluar dari nilai2 syariat dan budaya islam

4-meniru budaya glamour yg menyimpang dari nilai2 islam, seperti kehidupan para artis n penyanyi.

5-mengikuti fesyen2 baru sama ade dlm pakaian, kasut dll

6-menyeru wanita muslimah untuk berkerja diluar rumah dgn melampaui batas.

7-mengajari wanita ttg cara2 menarik perhatian lelaki melalui penulisan syair dan asmara dlm ruangan majalah2..

8-membuka account page2 tersendiri dgn tidak terkawal yg dpt mendedahkan identity yg melampau2 yg diingini secara tersembunyi. ex: myspace,frendster

Paul,seorang misionari jerman(1879) pernah berkata:

"Yakinlah anda dengan sepenuhnya bahawa kita tidak akan mampu mengalahkan islam kecuali jika wanita itu bersama kita
dan berjalan dibarisan kita
".


kesimpulanya.. wanita adalah golongan yg amat penting utk membentuk generasi2 yg akan datang.

dipetik drp Biro Informasi&penerbitan, melaka institusi usrah MMU.

Islam dan Sains

Sains Islam jadikan Al-Quran
sumber rujukan tertinggi


Nyza Ayob

Sun | Dec 16, 07 | 2:09:46 pm MYT
Sumber: harakahdaily.net

NILAM PURI, 16 Dis (Hrkh) - Al-Quran dan Sunnah yang merangsang umat Islam memiliki minda saintifik iaitu minda yang mementingkan bukti dan dalil, berjaya melahirkan saintis Muslim yang agung dan terkemuka di dunia.

Perkara ini ditegaskan oleh penceramah dan penulis terkenal Dr Danial Zainal Abidin sewaktu membentangkan kertas kerjanya bertajuk Al-Quran dan Sains, di Konvensyen Kebangsaan Penghayatan Al-Quran sempena Pameran Mukjizat Al Quran 2007 yang bertempat di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, dekat sini semalam.

Konvensyen yang terbuka kepada orang ramai itu dihadiri 250 orang peserta.

Dr Danial menjelaskan Al- Quran melahirkan minda saintifik yang membenci khurafat dan tahyul yang merupakan kepercayaan yang tidak berasaskan bukti serta tidak masuk akal.

Sebaliknya sebagai agama yang saintifik, Islam menerima penemuan serta kajian yang sah terutama di sudut duniawi.

"Secara umumnya sains boleh didefinasikan sebagai ilmu yang dihasilkan melalui cerapan iaitu analisis dengan menggunakan pancaindera serta fahman yang lahir daripadanya.

"Islam memberi kebebasan kepada para saintis untuk mengkaji namun menyedari keterbatasan intelek yang dimiliki oleh manusia. Justeru sains Islam menjadikan wahyu sebagai sumber rujukan tertinggi,"katanya.

Selain itu motivator bagi siaran radio Mutiara FM dan Perlis FM ini juga memperincikan mengenai sains berasaskan tauhid serta keharmonian antara sains dan Quran serta contoh-contoh kenyataan saintifik dalam Quran

Jumaat, 14 Disember 2007

Laporan Aktiviti Terkini KRJ Penang

PROGRAM KEM JATI DIRI -
'CABARAN GUNUNG JERAI 2007'
7-10/12/2007
Salam,
Sedikit perkongsian dari diari ana..sepanjang program kem jati diri..

Alhamdulillah setelah bercuti panjang...tak mengadap internet lama...kini menyusul kembali dgn semangat yg telah diberi oleh allah disepanjang pertarbiyahan bersama-sama seramai 77 org peserta 20 org fasi 10 org urusetia keluar masuk(tolong betulkan sekiranya silap)

ana kongsi lah skit pengalaman yg dilalui sepanjang program..insyaallah...


Ana bermula bertolak dari rumah jam 6.30ptg...sebelum tu dpt panggilan dari Dr hasimah...yg tanya ttg jln...lalu ana ajaklah konvoi sekali...sampai di Resort titi hayun pun dlm pukul 9.00mlm...Sebenarnya program ini bermula dari pagi jumaat lagi...kami pergi selepas balik keje...mmg lambat lah sampai...

Program kali ini lain dari yg lain...dari segi pentarbiyahan peserta hingga lah diri ana sendiri...ini lah pertama sekali bawa zaujah join dlm program ...setelah balik KBM....nak tengok kekuatan dia...dan kefahaman dia.....mungkin sebab faktor anak masih kecil...alhamdulillah anak pun dah besar skrg... sampailah masa utk membantu ana menjadi sayap kiri dlm perjuangan...itu yg ana harapkan...bila selalu bersama team jebat buat program ...selalu juga meka bawa keluarga bersama...itu lah yg ana belajar...sampailah giliran ana lak...bagi yg biasa dan selalu bawa pasangan ..teruskan supaya mereka faham kerja kita...insyaallah..

Program kali ini mmg ada perbezaannya di sebabkan ana ada masuk slot KBM skit..mula tak nak masuk sbb kelengkapan tak cukup...tapi cuba ubah suai skit....mmg mantap..mmg tersentuh...mmg mcm dah lama berkawan..berbeza dari program sebelum ni...kata adik adik putri dan putra..Kem ini ada 3 modul dlm 1...yaitu utk modul satu..khas utk adik2 yg sek biasa..modul 2 utk adik2 sek agama dan penah ikut program krj dan modul 3...khas utk fasilitator baru...

Program dimulakan dgn ucapan pengarah krj penang selepas itu tugas ana utk mengendali ais breaking...dimulakan doa peserta utk diri sendiri dan doa dari abg fasi utk adik2 dan semua berdoa bersama utk kesejahteraan program ni (kita banyak berdoa dan berzikir sepanjang program).dlm slot ni mmg mengeratkan perasaan ukhuwah adik2 apa bila kita ada sesi 3S (Senyum,Salam dan Sapa)..mmg bagus diamalkan ...bak kata pepatah tak lapuk dik ujan tak lekang dek panas...program itu tamat jam 12mlm dan peserta pun tidur ...supaya boleh bangun tahajjud nanti...

Pada hari kedua program dimulakan dgn solat sunat tahajjud...mula kita nak buat bersendirian...tapi bila di tegur oleh Dr Hasimah kata ada yg adik2 yg tak pernah buat tahajjud...lalu disuruh ana beri penerangan dan jadi imam...insyaallah setelah selesai solat tahajjud dan subuh..peserta pun disajikan dgn kuliah subuh jati diri bersama dgn fasilitator...dlm kuliah subuh ini...ramai lah fasi2 memberi kuliah subuh...kebanyakan fasi yg habis STAM.


Selepas itu peserta disajikan dgn senaman Demi Matahari dan di terangkan pula tafsirnya oleh Ustazah Suraida dari Sek Agama Insaniah....Mantap sekali pelapis fasi kita ni..

Program pagi ini mmg mencabar bagi peserta ...kerana semua akan panjat gunung melalui 1000 anak tangga...ada ramai yg baru pertama panjat..mula pukul 9.00 pagi hingga pulang pukul 6.00ptg (utk ulasan boleh bagi kpd yg pegi..sbb ana jaga base camp) satu hari gak perjalanan ni...sama mcm gi kl... walau mcm mana pun tahniah kpd pendaki yg berjaya...


ok kita sambung laporan hari ke-3 digunung jerai....Pada sebelah pagi kuliah subuh disampaikan oleh cikgu Pesol JIM Sg Petani dgn tajuk Tafsir Surah As Soff.....menarik ulasannya dan dgn diselit hadis 40 yaitu hadis 1 mengenai niat...selepas tamat program itu....disusuli oleh senaman ringan dari lagu bingkai kehidupan...semangat tengok adik-adik remaja mendiklimasikan maksud jihad dlm kehidupan.....Selepas sarapan pula adik2 disajikan pula dgn module 1 & 2....module ini membezakan yg pernah join program @ sek agama dan yg belum join penah join program....ana tertarik apa bila kita buat konsep perkongsian apa itu Jamaah,Dakwah dan Islam.....ramai yg present menunjukkan mereka faham dgn mengeluarkan nas dan hadis nabi.....sekali lagi ana bangga dgn antum...bakal pemimpin pelajar akan dtg...berucap mcm pemimpin...masa program yg sebeginilah dpt mengilap permata utk bersinar....selepas itu modul 2 diteruskan dgn tajuk Kepimpinan....disampaikan oleh org yg layak menyampaikan ialah Mejar Zaidi ...dari TUDM Butterworth.....utk modul 1 pula di sampaikan oleh Akhi Rahimi...tajuknya Akhlak sesama muslim...dan Perkara-perkara yg wajib pula disampaikan oleh Fasi (Pelajar STAM)


Program hari ke 3 dikaki gunung jerai...rasa mcm cite org tua dikaki gunung lak...


Setiap perkara akan menjadi kenikmatan jika kita berhasil menyikapinya dengan syukur, sabar dan tawakal serta mampu mengambil hikmah dari setiap kejadian.

Itu lah perkara yg perlu dilalui oleh peserta utk xplorace jati diri...dulu selalu kita buat dgn rintangan dan ujian serta halangan utk sampai ker check point...tetapi rintangan kali ini ada lah minda peserta....seringkali jati diri remaja akan diuji dgn perkara yg sebegini ...mereka harus melalui check point jumpa dgn org pemarah,baik dan soleh,tegas,suka buli,penyayang.... ada satu kumpulan tu di suruh tanya pakcik yg ada disekitar itu ttg mcm mana nak mengembirakan org...siap pakcik tu bagi ceramah lagi kat meka...bila meka gi check point baik dan soleh....jumpa dgn kita pun bagi salam...bagusnya....tapi bila kena dgn check point pemarah....masam jer muka peserta ni...sekejap riang..sekejab sedih....mcm-mcm boleh tengok riak muka mereka...itulah realiti kehidupan yg mesti dilalui....fasi pun walau pun masih under tranning...alhamdulillah ada yang berlakon dgn sempurna...tugasan peserta hanya meminta sekeping biskut...ada yg merungut....hanya minta sekeping jer...pun susah nak dpt.......tapi kalau kena gaya dan caranya peserta akan senang dpt...setelah dpt biskut tu peserta dikehendaki pula makan biskut tu dgn cara menyuapkan kemulut kawan yg lain...itu lah kita boleh nampak bertapa eratnya ukhuwah sama mereka....
Pada sebelah malam...kita ada pengisian dari Dr Hasimah..mengenai Reproduksi Remaja...selepas itu peserta mengikuti program Beuty Of The Night...pada kira2 jam 12 mlm...

Pada Hari ke-4 ..waktu pagi peserta membuat persembahan kumpulan....setiap kumpulan diberi tajuk...alhamudulillah walau pun masa yg diberi tak cukup utk membuat latihan dgn keakhraban mereka..sama-sama kump turut membantu..alhamdulillah...cantik persembahan mereka...

Setelah Tamat persembahan kumpulan...diikuti pula Slot Motivasi yg di sampaikan oleh Ust Abdullah Khairi....dgn suasana yg telah dibuat menyebabkan ramai yang membanjirkan airmata..termasuk fasi-fasi yg menghayati....Semua peserta bersalaman dgn fasi sambil mencium tangan dan memeluk fasi...alhamdulillah pengisian diri yg mantap...moga berterusan hendaknya...insyaallah..

Setelah habis slot itu...sampai masanya kita berpisah...apabila lagu Doa Perpisahan di pasangkan...adik2 memeluk dgn erat sekali...menandakan sayang utk meninggalkan kem ini...insyaallah utk adik2 jumpa lagi didlm usrah2 yg telah diaturkan di daerah masing2 masing..insyaallah.


wassalam


Shahidan Saaid
Timb.Pengarah KRJ Penang

Khamis, 13 Disember 2007

Buat saudari sakiiinah,'hamba Allah', zaquan,nizam n belia remaja yg berminat..

Kecil tapak tangan, Nyiru KRJ tadahkan!
Ahlan bina..

Assalamualaikum wbt...
Salam perjuangan.


Salam perkenalan buat pelawat blog KRJ Penang sumer. Terima kasih ats sokongan dan kunjungan kalian. Tak sangka blog dakwah KRJ punya pengunjung yg setia.. Ana dok ingatkan blog camni hanya akan digemari golongan veteran remaja yg kadang2 seronok mengimbau gmbr2 kejayaan penganjuran prog2 KRJ Penang di merata2... (ye lah..veteran remaja perlu jg sesuatu utk dkenang n dijadikn pembakar semagt utk terus menggiatkan program islah@pembaikian ummah ini).

Apapn jazakallah skali lg atas sokongan kalian... kehadiran blog ni jg diharap dpt mendekatkn lagi Kelab Remaja JIM dengan masyarakat remaja dan belia yg punya kesedaran utk menjd soleh dan musleh (reformis ummah).

Ana sebenarnya tertarik dgn minat beberapa ikhwah dan akhawat utk join prog remaja JIM. antaranya saudari sakiiinah, 'hamba Allah', zaquan dan nizam.
Alhamdulillah..
Kecil tapak tangan, Nyiru kami tadahkan! Ahlan bina!
InsyaAllah...kami akan cuba libatkan kalian samada sebagai peserta ataupun fasi prog remaja yg akan datang. Sedutan dari chatting box..
n. aufa: to [sakiiinah]: ya..jgn keciwa la.. karisma n KRJ sama jer. Penggerak KRJ hampir 70% drpd karisma dan belia seumur dengan ukhti.
13 Dec 07, 07:56
abu atiyah: jgn kecewa sakiinah...ada program krj kami akan minta sakiinah bantu jadi fasi..insyaallah bagi nama dkt pengarah krj negeri
13 Dec 07, 01:34
sakiiinah: em time kasih u.n.aufa.. keciwa skit.. sb sy ingt nk join yg krj ni je wuwu.. nway tq bebyk ye...
9 Dec 07, 08:28
n. aufa: to [sakiiinah]: Bleh bhubung jg dgn ukhti Khairul Bariyah Azman 013-4731702 @ emel: cairol_que@yahoo.com
9 Dec 07, 08:25
n. aufa: to [sakiiinah]: Ya KRJ utk remaja shj. Utk student U, karisma.. bleh lawati - http://karisma.jim.org.my/
8 Dec 07, 23:41
sakiiinah: ouh yg krj ni tuk dak sek men je ke? em yg karisma tu ade site dia x? cemane nk join..
8 Dec 07, 21:28
n. aufa: to [sakiiinah]: program remaja kat penang ni..byk dpt bantuan rakan2 Ikhwah/t KARISMA USM la..bagus klu sakiiinah bleh join sama!
8 Dec 07, 21:26
n. aufa: to [sakiiinah]: hm..Student U rupanya.. utk pelajar U kita ada wadah yg namanya KARISMA.
8 Dec 07, 14:34
sakiiinah: em sy dok kt selangor tp belajar kt usm penang
8 Dec 07, 00:19
sakinah: testing
7 Dec 07, 15:41
n. aufa: to [sakiiinah]: boleh.. sakinah dok kat ner?
abdullah: assalam...ana pernah menjalani pogrem jim....mmg sronok..join reramai tau..
27 Nov 07, 20:23
hamba allah: kami kat cni trngn..tp x da pon knapa
27 Nov 07, 20:23
hamba allah: nape kat kulim x da jim

!! ukhti sakiiinah n 'hamba Allah' macamana? OK? Jom join kami??

Buat semua rakan2 yg b'minat, boleh tak berikan sedikit perincian@ pengenalan diri?
  • Nama penuh:
  • Kad Pengenalan:
  • Alamat:
  • No. h/p:
  • Universiti/sekolah:
  • Tahun/tingkatan:
@ lain2 maklumat yang boleh dikongsi. (boleh hantar melalui emel : naufa03@yahoo.com)

Ikhwan sekelian,
Sejak pengaktifan semula blog KRJ ni, ada juga yg bertanyakan borang KRJ dan JIM. Hmm..satu perkembangan baik. InsyaAllah akan kita uruskan.
Tapi yg lebih kami hargai ialah ketulusan hati budi insan2 yg sudi menghulur tangan, berpadu azam, menawar kudrat utk sama2 bergandingan menyedarkan dan membela remaja permata agama, ummah & negara...

Untuk akhirnya.. terimalah... 'Bingkai kehidupan'

Selasa, 11 Disember 2007

Muhasabah diri..

Dari Gelap Dzulumaat.. ke Cerah Hidayah..

Kita seringkali menghukum mereka yang berada didalam "zaman kegelapan" seolah-olah "tiadak ada lagi harapan" untuk berubah. Kadangkala setiap kali kita melintasi mereka, berbagai kata-kata, sumpahan, hinaan dan kejian yang kita lontarkan kepada mereka.


"Kompom masuk neraka nih!"
"Macam S**al, dia ingat dia bagus ke? "

Tetapi kadang-kadang kita terlupa, sebenarnya kita sendiri pernah melalui "zaman kegelapan" yang tersendiri. Ada yang pernah melalui zaman yenkees, zaman hippies, zaman pop yeh-yeh, zaman rock kapak, zaman kaki judi, zaman kaki botol, zaman kaki perempuan dan zaman-zaman yang pastinya bukannya mengikut acuan Islam. Tetapi setelah kita berubah, Insaf, Bertaubat kita melihat dan menghukum orang lain (mereka yang sedang dalam zaman kegelapan) seolah-olah kita ni tak pernah buat salah, tak pernah melalui zaman-zaman kegelapan.

Jangan lupa, sebenarnya kita belum lagi di uji dengan sebenar-benar ujian. Entah kalau kita diuji sedemikian, bahkan mungkin kita lagi teruk dari apa yang kita perkatakan.

أَحَسِبَ ٱلنَّاسُ أَن يُتۡرَكُوٓاْ أَن يَقُولُوٓاْ ءَامَنَّا وَهُمۡ لَا يُفۡتَنُونَ
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Al-Ankabut:2

Sepatutnya, kita hanya membenci perbuatan seseorang tersebut tetapi bukan orangnya! Kerana siapa tahu, suatu hari nanti dia berubah, boleh jadi dia lebih baik, lebih alim, lebih soleh/solehah daripada anda? Pasti saja boleh berlaku. Ana percaya ramai pernah dengar mengenai cerita artis berubahkan? Yang dahulunya.. isk isk isk .. payah nak cerita.. tetapi sekarang? Antaranya;

Akil Hayy (ex-Vocalist The Riyadh)


Dulu penyayi Rock, Sekarang Penyayi Nasyid dan Pendakwah Bebas

Azmil Mustafa (Ali Setan)


Dulu pelakon, Sekarang Pendakwah Bebas

Mel (ex-Vocalist Wings)


Dulu penyayi rock, sekarang penyanyi Nasyid

Sani (Ex-Vocalist W.A.R & The Bondage)

Dulu penyayi kumpulan Punk & Skinhead, Sekarang pendakwah bebas.

Wilma (Model dan Pelakon)


Dulu model Seksi, Sekarang bertudung labuh


dan ramai lagi kalau nak sebut mcm noor kumalasari, wardina, Lan A to Z dan sebagainya. Oleh yang demikian tidak mustahil seseorang itu boleh berubah menjadi lebih baik.

Seharusnya setiap kali kita jumpa mereka-mereka yang sedang hayut dalam zaman kegelapan tersebut.. kita tegur-tegurlah secara elok-elok... tunjukkan akhlak Islam seperti mana akhlak Nabi Muhammad saw.

Terdapat banyak riwayat mengisah mengenai mereka yang memeluk Islam, akibat terpesona dengan akhlak Nabi Muhammad saw terhadap mereka.. tetapi kita? berapa ramai yang jauh daripada Islam akibat perangai dan akhlak kita terhadap mereka. dan yang terakhir jangan lupa berdoa untuk mereka agar berubah dan terus istiqamah dalam Islam dan jangan lupa doakan juga untuk diri kita nih.. walaupun ada diantara kita nih tak pernah melalui sejarah hitam, tetapi apa-apa sahaja boleh berlaku dengan kehendak Allah.

Nabi Muhammad saw selalu berdoa;

يَا مُقَلِّبَ اْلقُـلُوْبِ، ثَبِّتْ قَلْبِيْ عَلَى دِيْنِكَ

Wahai Dzat yang Membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku atas agamaMu” (Sahih, Riwayat al-Tirmizi)

Sesungguhnya Allah itu mampu membolak balikkan hati hambaNya. Daripada buruk menjadi baik atau daripada baik kepada buruk atau dari buruk kepada baik kemudian kembali menjadi buruk.

dan kepada mereka yang mempunyai keinginan untuk berubah, berusahalah, jangan putus asa.. walaupun berat, sukar.. tekadkan azam. InsyaAllah.. Allah akan bantu anda!

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱصۡبِرُواْ وَصَابِرُواْ وَرَابِطُواْ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan) Ali Imran:200

Sekiranya datang cubaan-cubaan menghalang usaha anda untuk berubah, bersabarlah.. dan teruskan berjuang dan istiqamah dengan sembahyang dan berdoa. Pastinya akan ada suara-suara sumbang akan cukup patahkan semangat anda. Kena kuatkan semangat.. tak payah sedih atau terasa dengan apa yang orang kata kat kita.

وَلَا تَهِنُواْ وَلَا تَحۡزَنُواْ وَأَنتُمُ ٱلۡأَعۡلَوۡنَ إِن كُنتُم مُّؤۡمِنِينَ

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org-orang yangg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman."Surah Al-Imran ayat: 139

Sumber : blog dakwahsantai

Sedutan wasiat as-Syahid Imam Hasan al-Banna


Wahai angkatan pemuda!

Silaplah orang-orang yang menyangka kononnya angkatan
Islam ini ialah suatu kumpulan ‘Tok Lebai’ yang mengongkong diri di dalam ruangan sempit ibadat Islam yang hanya tertumpu kepada sembahyang, puasa, zikir dan tasbih sahaja.

Sebenarnya angkatan Islam yang pertama dahulu tidaklah memahami hakikat Islam dalam bentuk yang sempit seperti itu ;mereka juga tidak beriman dengan cara begitu; akan tetapi mereka itu beriman dengan Islam sebagai aqidah serta ibadat, sebagai tanahair dan kebangsaan, sebagai akhlak serta kebendaan, sebagai kebudayaan dan undang-undang serta toleransi dan kekuatan. Mereka yakin bahawa Islam itu adalah suatu sistem yang sempurna yang sesuai dengan segala bidang kehidupan dan mampu menyusun urusan dunia seperti mana ia menyusun urusan ke akhiratnya. Mereka yakin Islam itu sebagai suatu sistem yang mempunyai kedua-dua sudut amalan dan teorinya sekali.

Dengan keyakinan seperti itu maka Islam bagi mereka ialah agama dan negara serta Qur an dan pedang. Namun demikian mereka tidaklah pula lalai dari menunaikan urusan peribadatan mereka dan tidak culas menunaikan segala kefardhuan yang diwajibkan untuk Tuhan mereka. Mereka cuba sedaya upaya untuk mengelokkan lagi tata tertib solat. Mereka juga membaca kitab Allah serta berzikir kepada Allah menurut cara yang disur-uh oleh Allah dalam batas-batas yang ditentukan kepada mereka, tanpa mengada-ngada dan melampau-lampau, dengan tidak bermain-main di kulit luar dan tidak pula terlampau mendalam berlebih-lebihan.

Meskipun demikian namun mereka tetap, jua mengambil bahagian mereka dari keduniaan sekira-kira kadar yang tidak, merosakkan akhirat mereka ; mereka beramal dengan firman Allah yang mafhumnya: (surah Al - A raf : 32)

Katakanlah : ‘Siapakah pula yang mengharamkan perhiasan Allah yang diberikannya kepada hamba-hambanya dan juga rezeki yang baik-baik itu ?

Ahad, 9 Disember 2007

Tips Kesihatan Remaja

Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minimum 5 kali sehari dengan air wuduk. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menetes dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir dan berdo'a.

Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah 'olahraga' dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh.

Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do'a.

Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN

Untuk punya bibir cantik , bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabur.

Agar tubuh langsing , mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.
Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

santai..

Unic - Satu Tekad

Berikan ku sebaris kata
Untuk ku susuri jalan gelita
Mentera keramat kata pujangga
Azimat yang bermakna
Di depan simpang bercabang tiga
Tak tahu mana satu arahnya
Kanan kiri manusia berdusta
Mungkir pada yang Esa
Mungkin ku bukan watak utama
Dalam pentas lakonan dunia
Bimbang juga ku turut sama
Pastinya aku yang binasa
Berikan aku pedoman
Arah mana jalan kehidupan
Untukku teruskan pengembaraan
Tak rebah dan tak tersalah langkah
Tunjukkan aku kawan
Simpang mana arah kejayaan
Timur, utara juga selatan
Atau arah matahari terbenam
“Bersama menyusuri jalan
Para rasul nabi junjungan
Menuju ke puncak gemilang terbilang
Iman di dada mengiring langkah”

merupakan perkataan yang mudah disebut,tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanah air kita yg tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri semata2 @ hanya duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua-dua keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air keseluruhan anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahgian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM), Uztaz Hj MAt Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini. "Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruhan anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul.

Rukun mandi wajib

Rukun mandi wajib ada 3.

Pertama, niat.

Kedua, menghilangkan najis di badan.

Ketiga, meratakan air keseluruhan anggota badan yang zahir.

"Niat mandi wajib: "Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala."Atau " Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala."

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana-mana bahagian anggota badan.

"Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: " Sahaja aku menggangkat hadas haid kerana Allah Taala." Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: " Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala".

Mengenai rukun mandi wajib yang kedua, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan. Tapi kalau dibasuh terlebih dahulu lebih baik.

" Sementara rukun mandi wajib yang ketiga, iaitu meratakan air keseluruhan anggota badan yang zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu-bulu yang jarang atau lebat. "jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajib ia dibuka.

Kuku :

"Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Rambut yg diwarnakan :

" Tentang rambut yang diwarnakan selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah.

"Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?.. Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

"Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut."

Sebab2 seseorang wajib mandi :

Mengenai sebab-sebab seseorang itu wajib mandi wajib pula, Uztz Hj Mat Jais menegaskan, sebab-sebabnya terdiri daripada 6 sebab.

3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya mlibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah)

"Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat. Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu mlm, jika tidak mahu mandi wajib, seelok-eloknya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makhruh."

Penutup :

Harap2nya para remaja sekelian mengambil berat ttg permasalahan 'mandi wajib'. Ia bukan sekadar basuh tetapi ibadat yg punya syarat dan rukun.

Tidak sah mandi wajib bermakna tidak sah solat.. tidak sah solat bermakna.... [faham2 je la] jadi teramat besar kesannya!! Jgn sampai nnt, nak kahwin baru nak mula belajar dengan pak kadhi!

Apapn, mudah2an artikel ini memberi kita manfaat dan panduan.. Jzkk kpd pengirim.

Jumaat, 7 Disember 2007

Koleksi Gambar KRJ SPS

MEMORI INDAH 3R DI USM TRANSKERIAN..

Assalamualaikum wbt.

Di sini ana uploadkan pula koleksi gambar program 3R KRJ SPS pada Ramadhan yg lalu untuk tatapan ikhwah/t dan para remaja harapan ummah sekelian. Lama dah nk cuba uploadkan di sini. Tp skrg baru diberi kesempatan.. Mudah2an 3R yg akan dtg lebih baik dari tahun ini.. InsyaAllah!

Jutaan terima kasih tak terhingga pada barisan penceramah dr JIM SPS.. Dr Rizal, Dr Roslan dan akhi Shaufiq. Kupasan mengenai Syahadah, Palestin dan KRJ menjadi buah mulut pelajar/remaja Seri Nibong.. PKHEM Cg Dziauddin Mat Saad juga melahirkan hasrat agar prog ini diteruskan pada masa akan datang. Wajib! katanya... alhamdulillah..

Sila KLIK pada gambar u paparan yg lebih jelas..

Ust Yusuf [Pengarah Pusat Islam USM Transkerian] merasmikan Prog 3R 1428H


'Syoknya Ramadhan!' - memang syok apatah lagi teringat telatah lucu
dan mencuit hati Ust Syukri...



Slot pertama - 'Syoknya Ramadhan' berjaya membuka 'selera' peserta
utk mgikuti prog penghayatan y sterusnya..


Serius jer nampak..

membincangkan masalah ummah kot..


'Ramadhan kami..ramadhan mereka' bagai langit & bumi..


5 minit lg..lamanyer!


Akt. dalam kump...

Ust Zul menyampaikan Slot 'Nuzul Quran'.. ehm..yg 1 lg tu gmbr remaja yg khusyu' m'dgr!

'bolehkah adik2 percaya..kasut yg terhias cantik di kedai terjadi dgn sendirinya?'
Kenapa kita percaya ia ada penciptanya sedangkan kita tidak melihat pun sipakah dia???

Dah ready utk tinggal jahiliyyah dengan bbekal semangat syahadah???

Seia..sekata..

Penangan senaman 'Ruhul Jadid'

Dr Roslan menyampaikan syarahan.. Selamatkan Palestin!!!


Mesy. pengerusi2 majlis



Remaja L&P tekun mendengar syarahan Palestine dari Dr Roslan

sepenuh tumpuan..

Inilah sejarah PENDATANG Yahudi yg kini mjadi tuan di Tanah Suci Umat Islam

Abg Shaufik memperkenalkan Kelab Remaja JIM [KRJ]..Jom Join!

hmm.. ceria nampak

abg kat depan ni tengok ke mana tuh?


ada sapa2 nama syafiq kat sini??


PK HEM Cg Dziauddin dan barisan warden hadir tanda sokongan..terima kasih!


1..2..3.. Allahumma lakasumtu...


Ha.. Sarasa n Sarala pun nak buka puasa!


bersedia utk makan...


alhamdulillah...sejuk perut ibu mgandung tgk anak baca quran..

Zakwan n Caon memperdengarkan bacaan..

Bacaan Yaasin beramai-ramai

nampak kesolehannya...

Tazkirah Ramadhan oleh 'Penceramah Jemputan'!

 
Kelab Remaja JIM Penang © 2007 Template feito por Templates para Você Tested by Blogger Templates